Thursday 17 September 2015

kek batik



             Resepi kek batik!!

Kali ini saya nak kongsikan resepi kek batik yang selalu mak saya buat. Sedapp. Dikatakan air tangan seorang ibu!!



Bahan -bahan:


  1. 200g milo 
  2. 250g butter
  3. 3 sudu besar serbuk koko
  4. 1 tin kecil susu pekat ( boleh dikurangkan)
  5. biskut marie

 Cara caranya pula:

  1. Lapik loyang dengan plastik.
  2. Cairkan butter dengan api yang kecil .
  3. Setelah butter cair, susu pekat dan milo sedikit demi sedikit kacau  hingga milo hancur
  4. Masukkan milo dan gaul hingga tidak berketul.Gaulkan hingga sebati
  5. Bubuh adunan coklat tadi di atas loyang. Susun biskut marie.Lapiskan lagi dengan adunan coklat.
  6. Letakkan dalam peti ais selama 2@3 jam.
  7. Sedia untuk dihidangkan
          Selamat mencuba!!

cheesekut


     Resepi  cheesekut @ my page
   

  Hi! hari ni saya nak share cara nak buat cheesekut. saya suka sangat cheesekut yang mak cik saya buat. Tu laaa  paling sedap dalam dunia ni bagi saya.





bahan - bahannya ialah : 

  1. 250g cream cheese
  2. 1 pack biskut hup seng deluxe cream cracker
  3. 1/2 susu tin pekat manis
  4. 1 kotak susu penuh cream
     
    cara - cara nak buat cheesekut pula:

  1.  Pukul cream cheese bersama dengan susu pekat dan sedikit susu penuh cream.Pukul sampai nampak cheese  berkilat dan tidak berketul.Susu itu agak-agak 5@6 sudu. Jangan bagi cream cheese tu cair sangat.
  2. Susun biskut berselang- seli dengan krim cheese.Biskut tu kena rendam dalam susu selama sesaat.
  3. Sejukkan cheesekut tadi dalam peti  ais  selama 3@4 jam.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

          SELAMAT MENCUBA!!!!

Resepi aiskrim menggunakan dua bahan (homade!!)

 Ais krim menggunakan dua bahan


   ini blog ketiga  saya!! hari ini saya nak bagi resepi aiskrim  buatan sendiri. Tak payah lah beli, kan senang. Buat sendiri kan bagus.



bahan - bahan:

  1. 2 cawan krim
  2. 1 tin susu pekat manis
cara-cara:

  1. tuangkan 2 cawan krim ke dalam mesin pegadun. pukul sehingga kembang
  2. Then , tambahkan 1 tin susu pekat manis. Macam tadi pukul sehingga kembang.
  3. Sedia untuk dihidangkan. korang boleh letakkan toppings yang korang nak.
                selamat mencuba!!
  

banana freezeria

                                                         
                 
               ini blog kedua saya!!! ok hari ini saya nak share tentang cara nak buat banana freezeria .ianya mudah sangat .




bahan -bahanya (untuk 2 orang:

  1. 200g pisang
  2. 100ml fresh cream
  3. 1 sudu besar gula
cara -caranya ialah: 

  1. blendkan semua bahan -bahan. then, hiaslah nak letak apa pun boleh 
  2. sedia untuk dihidangkan !! kalau x habis, boleh la disimpan dalam peti sejuk boleh dijadikan, aiskrim pisang homemade!!!

              
               good luck~!!~




Resepi Dessert

SELAMAT  DATANG KE BLOG SAYA!!!
     

Ok, hari ini saya nak cakap pasal dessert.Selalunya orang jadikan dessert sebagai hidangan sampingan. kata orang pemanis mulut atau pencuci mulut bila kita dah habis makan.so, saya nak bagi resepi yang agak mudah iaitu coklat lava cake.



bahan bahannya ialah :
  1. 100g dark chocolate ( dicincang)
  2. 100g mentega
  3. 150g gula perang
  4. 3 biji telur
  5. 1/2 sudu teh esen vanilla
  6. 50g tepung gandum
 cara- cara untuk buat coklat lava pula:
  1. panaskan ketuhar pada tahap 200 darjah celcius.sapukan mentega di dalam empat bekas seramik (aluminium pon boleh) bersaiz kecil dan letakkan di atas dulang.
  2. campurkan  coklat bar yang sudah dicincang brsama mentega ke dalam mangkuk tahan panas dan letakkan ia di atas kuali yang diisi air panas.kacau campuran coklat dan mentega sehingga lembut dan birkan dia sejuk selama 15 minit 
  3. kemudian, campurkan gula perang,telur , esen vanilla  dan tepung gandum kacau sehingga sebati then, tuangkan sama rata empat bekas seramik or alimunium kecil yang disapu mentega.
  4. bakar selama 10 hingga 12 minit atau sehinggabahagian tengah atas permukaan kek kelihatan pejal tetapi lembut.secara perlahan-lahan,gunakan pisau untuk mengikis bahagian tepi kek agar ianya lebih mudah untuk dikeluarkan dari bekas tersebut. terbalikkan kek itu dan sedia untuk dihidangkan. korang boleh letak la aiskrim or strawberi. suka hatilah .
                      selamat mencuba!!!!